Selamat Tinggal Moscow.. untuk seketika tapi bukan selamanya

0

Written on Monday, June 22, 2009 by KayChink

Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Tido awal semalam, pukul 11pm camtu. Seharian semalam aku tak tidur, terlalu excited nak balik kot.

"Jantungku berdebar-debar. Terkenangkan bila saat kapal terbang tu berlepas.."

Bag aku dah kemas, tak lama pun, beberape puluhan minit saja. Baju aku sumbat, almariku sangat penuh, penuh dengan pakaian yang tak sepatutnya. Kaki shopping la dulu.. tapi sekarang dah insaf.

Semalam aku singgah rumah kedua di Moscow. Main dengan kawan-kawan dan adik-adik. Makan masak lemak mama yang sangat mengenyangkan isi perutku. Nampaknya aku dah merasa masakan Malaysia sebelum aku pulang ke Malaysia. 2 ketul ikan masak kicap menjadi santapanku juga.
Pasti, aku akan merindui mereka, meronggeng sama-sama, melihat mereka ketawa, melihat mereka berjenaka, menendang bola bersama, akan menjadi kisah indah hidupku di sini yang takkan ku lupakan.

"Sorang demi sorang pergi, tapi tak mengapa... kenangan tetap dihati"

Ahhh, aku pulang hari ini.. Singgah di Middle East sebentar, nak buat 'natural tanning' kata orang puteh. Mereka pasti bingung.. kau duk luar negara pun gelap ka? ape nak buat? aku tetap orang Asia sepertimu.

"Semestinya diriku tak sabar menunggu pukul 12am.. untukku mengucapkan selamat tinggal kepadanya, tapi yang pasti bukan untuk selamanya." 31 ogos, aku akan kembali jua.. menghabiskan sisa-sisa perjuangan yang akan menjadi acuan hidupku kelak. Pada masa yang sama, aku juga tidak sabar memegang segulung ijazah, hadiah untuk mereka yang selama ini menyokongku dan memberi semangat kepadaku.

Selamat tinggal Moscow.. untuk seketika tapi bukan untuk selamanya.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment