Bila Hati Berfikir
Written on Saturday, February 07, 2009 by KayChink
Jam menunjukkan waktu 11.47pm dan matahari baru saja hendak terbenam di tebing barat,burung-burung terbang dan hilang mengiringi cahayanya.Siang berganti malam,kini giliran bulan pula menyinari alam bertemankan bintang-bintang yang memagari setiap penjuru dan setiap pelusuk angkasaraya..
Tanpa disedari,setiap gerak-gerinya diteliti,dikaji,dinilai dan dihayati.Begitu indah sehingga digambarkan dengan berjuta kiasan dan digubah menjadi mawar di mata setiap warga dunia.Kadangkala ia membuatkan kita terpaku dan tersenyum.Ada juga yang terpaku dan menangis melihat keindahan wajahnya..ada juga yang meluahkan kata-kata,menyampaikan salam dan khabar berita kerana ia boleh dilihat di mana-mana.kata orang,sejauh mata memandang..
Tidak seperti matahari yang marah bila dilihat,bulan dan bintang adalah seperti seorang sahabat - sentiasa tersenyum walaupun dilukai,malah, pendengar yang setia.kadang-kadang awan dan angin merasa amat cemburu dan meliputi setiap jejak bulan dan bintang.tapi tak usah risau,bulan dan bintang bijak menggunakan kata-kata.jika disuluh dengan hati yang sabar dan terbuka,maka bersinarlah lagi mereka.
Hidup tidak sentiasa gelap,mendung lama kelamaan akan menjadi cerah jua.maka adalah tugas sang mentari untuk melunaskan segalanya.tanpanya,hidup kita muram,tiada lagi siulan gembira kanak-kanak,lambaian mesra yang penuh warna-warni daripada mawar,keembung,jasmin dan camelia,tumbuh-tumbuhan hijau yang menyejukkan suasana tatkala panas,dan tiada lagi jambatan berwarna yang muncul selepas hujan membasahi bumi..
Oleh itu,setiap kejadian di dunia ini saling berkaitan dengan matahari,awan,angin serta bulan dan bintang.walaupun kadang-kadang mereka berkelahi,malah berberebut untuk menceriakan kita, mereka merupakan sahabat yang sejati yang saling bergantung antara satu sama lain,pencorak dunia yang diibaratkan seperti sehelai kain putih yang di dalamnya pelbagai hidupan yang memuja kekuasaan maha pencipta.
Selagi matahari melemparkan bahangnya dan cahayanya,selagi awan melitupi ruang angkasa,selagi angin bertiup kencang dan selagi bulan dipagar bintang,dunia diibaratkan seperti syurga yang tidak kekal.tidak kekal kerana seperti juga sahabat,mereka mampu meninggalkan luka yang amat tajam dan memberi kesan yang amat mendalam kerana sahabat adalah sebahagian daripada hati kita..seperti hati yang mampu tumbuh semula,begitu juga sahabat,boleh diganti.namun luka itu tidak boleh disembuhkan dan akan kekal sehingga akhir hayat..