Jalan-Jalan Cari Pasal : London Day 2

0

Written on Sunday, March 14, 2010 by KayChink

Terlebih dahulu trimas diucapkan kepada penaja segmen hari kedua ini, Kissmi-Kissyu : pembekal rasmi otak-otak untuk pasukan lari dalam guni rumah jingga.

Setelah dikaji dengan teliti di mana station underground yg berdekatan dan sesuai, kami memilih tempat-tempat berikut untuk dilawati di hari ke-2.

1. Tower of London

 

Memang masa tu cuaca tak berapa baik..gerimis mengundang,,. pemandangan pun tak berapa terang.. So.. ape yang menarik kat sini? Struktur bangunannya yea.. cantik. kita dapat lihat betapa berseninya susunan batu-batu kat bangunan ni. dia punya tempat jalan pun cantik susunan batu-batunya. Pastu ada banyak sejarahnya tempat ini. Dikatakan tempat ini adalah tempat mereka torture prisoners.. pastu adalah citer-citer hantu disebaliknya. Kami tak memberi perhatian sangat sebab sibuk amik gambar dan video kat sini. Pengawal tu kot hantu.. berkawat je memanjang..

Kat sini juga korang berpeluang untuk melihat koleksi-koleksi Crown Jewels Queen Victoria. tapi, takleh nak amik gambar..jadi tak dapat la kongsi dengan korang. Mereka kata ada berlian yg terbesar di dunia di sini! yea…memang besar!! korang kena datang n tengok sendiri yea? kalau nak digambarkan dengan kata-kata memang susah sebab berlian itu memang.. besar!

Lepas tu korang boleh merentasi Tower Bridge ke seberang sungai Thames. Bridge ni pun lawa.. struktur asal dan kesinambungannya masih terpelihara dan kita boleh lihat bridge ni ada 2 tingkat. Kami tak berpeluang untuk naik ke tingkat ke-2 sebab kesuntukan waktu.

2. HMS Belfast

 

Ini adalah kapal perang masa World War 2.. dulu digunakan untuk berperang dan sekarang dah dijadikan museum. Samalah dengan museum kapal kat Melaka tu. cuma ni lagi canggih dan lagi besar. yang menariknya, kapal ini sangat besar..bertingkat-tingkat..jadi nak amik video pun malas..buat abes bateri je. bila berada di dalam kapal ataupun di atas kapal ini kami merasa seperti berperang yea.. dengan sound effects lagi. Kalau sesape yang minat kapal-kapal ni boleh la singgah.. tak masuk pun takpe, amik je gambar kat luar. tapi tak dapat la buat pose cam Titanic yea?

3. Thames City Cruise

 

Daripada HMS Belfast, korang boleh pergi ke Pier berdekatan untuk naik City Cruise. sambil melihat pemandangan sepanjang Thames River, korang bleh belajar tentang sejarah bangunan-bangunan yg berdekatan seperti London Bridge, Fire Monument, Millennium Bridge and Eye of London. Cruise ni akan stop di Westminster, tempat rasmi kerajaan di sini. Kat sana terletaknya Big Ben dengan Parliament.

Attractions ni biasanya tutup pukul 5pm and last admission pukul 4-4.30pm.. lepas tu mana lagi nak lepak dan membuang masa? ke Oxford Street laa~ kat sana ada pelbagai shopping mall yg hebat-hebat dan akan membuatkan tangan anda gatal dan poket anda panas sebab kerap tarik keluar-masuk dompet. ini adalah AMARAN!! kepada sesiapa yang terasa lemah dengan tanda ‘%’ anda dinasihatkan untuk membawa seseorang yg immune dengan tanda tu. Jangan terpedaya dengan angka kecil yg ditanyangkan~ semuanya kena 6 kali ganda! hehehehe

So.. what’s for dinner? kat Bayswater tempat penginapan ni banyak kedai-kedai makan. Ada McD, Burger King, Chinese Food, Indian Food, Cat Food, Pizza Hut..haa, pandai-pandai la korang pilih. Pastu tempat ni juga berdekatan dengan Malaysian Hall. Kat hall tu ada jual pelbagai juadah dari Malaysia. orang-orang malaysia juga ada di sana. Jadi, kalau korang mengidam sangat, bleh la ke sana. Harganya memang cekik darah berpatutan. Post akan datang aku akan cerita dengan lebih lanjut. 

IMG_0250IMG_0252

IMG_0246

Belanja di hari ke-2 :

1. Tower of London Souvenirs : £10

2. Food Stuff buat stock : £19

3. Indian Food Dinner : £20

TOTAL : £49 (RM269)

Next Post : Chelsea FC Stadium, Kensington Palace, Hyde park, Royal Albert Hall

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment